Innalillahiwainnailahiraji'un...
Malikul maut (Raja Maut) telah mencabut nyawa Arwah Atok Mok semalam (Isnin, April 27) selepas arwah muntah-muntah dan cirit-birit. Maka, terpisahlah roh dari jasadnya dan rohnya disambut oleh malaikat untuk dikapan dan dibawa ke atas langit. Aku mendoakan agar kain kapan yang membaluti roh arwah adalah kain kapan dari syurga. Amen.
Patutlah semalam, waktu aku sedang membuat eksperimen terakhir di Rutherford Building, aku berasa lain semacam apabila handphone aku vibrate dalam poket seluarku. Itu bukan SMS vibrate, tetapi Call vibrate. Tapi aku tak boleh jawab panggilan itu serta merta sebab demonstrator eksperimen tu sedang menerangkan sesuatu kepadaku dan lab partners. Rupa-rupanya Kak Ira miss called aku, mungkin untuk menyampaikan berita kematian arwah. Mak pun ada text memberitahu perkara yang sama. Peliknya, abah langsung tak call or text. Mungkin abah masih bersedih. Akhirnya, hari ini abah call aku untuk memberitahu bahawa atok mok dah meninggal dunia walaupun aku sebenarnya yang bertanya tentang itu dahulu sebelum abah beritahu. Mungkin abah tak sanggup beritahu perkara yang sebenar. Aku dapat dengar suara abah yang sayu, seperti suara orang yang baru lepas menangis.
Namun begitu, semalam, sebaik sahaja aku habis lab session, aku mengalirkan air mata dalam perjalanan pulang ke rumah dari universiti. Aku mula menyingkap kenangan-kenangan lalu bersama arwah, terutamanya pada awal tahun ini bila mana arwah tinggal seminggu di rumahku. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga sisa-sisa waktu yang agak lama aku bersamanya. Walaupun aku tidak menolongnya sangat dalam waktu itu, tetapi aku telah cuba sedaya upayaku, lagipun Bibik yang uruskan arwah.
Benarlah kata abah dan emak supaya jumpa atok-atok sebelum pulang ke NZ sebab takut-takut tak dapat berjumpa lagi, lagipun atok-atok semua makin tua dan uzur. Kini baru aku sedar bahawa kadang-kadang patut juga kita mendengar kata hati. Patutlah mak suruh bawa camera waktu jumpa atok-atok, suruh aku ambil gambar dengan mereka. Entah macamana waktu jumpa arwah kat rumah Pak Cik Ihak, camera yang aku bawa tertinggal dalam kereta dan hanya sebaik masuk semula ke dalam kereta aku teringat yang aku tak ambil gambar dengan arwah. Hatiku membisik kepadaku supaya masuk semula ke dalam rumah Pak Cik dan ambil gambar dengan atok. Tapi, ada suara berkata tak pe lah, nanti takut Mak Cik ingat aku nak show off dengan camera baru. So, aku pun membatalkan niat untuk keluar kereta semula. Dalam perjalanan ke rumah atok Nah, hatiku memang tak tenteram. Rasa macam nak suruh abah pergi semula ke rumah Pak Cik untuk ambil gambar dengan atok. Sekali lagi, ada suara berkata tak pe lah, insyaAllah masih boleh jumpa akhir tahun ni. Tapi tidakkkk....... Itulah yang membuatkan aku berasa amat terkilan sebaik sahaja menerima berita pemergian arwah semalam. Akibat kedegilanku mendengar kata hati, aku menerima seribu penyesalan. Ajal maut itu di tangan Allah. Tidak akan dipercepatkan atau ditangguhkan walau sesaat pun.
Tidak perlu ku katakan kepada sesiapa yang aku sentiasa mendoakan kesihatan atok-atok dalam doaku selepas setiap solat. Namun Allah lebih sayangkan atok Mok, maka pergilah dia sebelum kami semua. Aku berdoa kepada Allah, jika benar Dia ingin mencabut nyawa atok Mok sebelum kami semua, berilah kemudahan kepadanya untuk menghembuskan nafas yang terakhir dan berilah kesempatan kepadanya serta sesiapa sahaja untuk memohon maaf antara satu sama lain serta ampunkanlah dosa-dosanya yang lalu. Walaupun aku tidak serapat beberapa orang cousins yang lain dengan arwah, tetapi aku amat menyayanginya dan aku sentiasa berharap kebaikan dikurniakan kepadanya. Aku rindu akan jemput-jemput tepungnya. Aku masih ingat suaranya. Aku masih simpan kenangan bersamanya di kampung dahulu, waktu aku kecil. Aku sering tidur di sebelahnya di kampung. Aku masih ingat tempat tidur kegemarannya.
Emak pernah bercakap denganku akan keadaan atok Mok yang semakin uzur, sering kali masuk keluar hospital. Mak suruh doakan atok. Aku masih ingat yang aku ada cakap dengan mak, macamana kalau aku tak dapat jumpa lagi dengan atok lepas ni... Maknanya hari tu adalah hari terakhir aku jumpa atok lah... Lepas tu, aku text mak suruh Bibik selimutkan atok dengan woolen blanket yang aku belikan untuk atok dari NZ. Quite expensive blanket. Alhamdulillah, at least I had given something special to arwah before she passed away. Dan aku masih ingat Bibik ada cakap kepadaku yang arwah memang suka pakai selimut yang aku bagi tu. Mana-mana dia pergi, mesti dia suruh bawa selimut tu. Mungkin dia masih ingat pada waktu itu yang selimut tu diberikan oleh cucunya iaitu aku. It showed that she really appreciated the gift. I'll remember that.
Walaupun tak dapat jumpa untuk kali terakhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, tetapi aku sentiasa percaya bahawa suatu hari nanti aku akan bejumpa semula dengannya. InsyaAllah, kita akan berjumpa semula di syurga. Saat itu akan tiba jua. Kau sentiasa diingati dalam doaku. Terima kasih, atok..... Moga rohmu dicucuri rahmat dan kau digolongkan di kalangan ahli syurga. Pergilah kau menemani suamimu yang telah meninggalkanmu setelah sekian lama.

Sedihnyer.......mak,adik,sesiape jelah yg baca post ni sume sedih..mak nangis tau.....abah tak tau lah......
ReplyDeleteMemang waktu kita type entry ni, kita pun nangis... Sentiasa ingat bahawa kalau kita sayangkan seseorang, bertemu tak gundah, berpisah tak gelisah. It's hard to show our love to sb by saying 'I love you' but it's more appreciated to do sth for the loved ones.
ReplyDelete