Tiba-tiba hati ini berasa sayu. Walau bagaimana kuat dan cekal aku menahan sebak di hati ini, namun kugagalkan jua. Aku tenang dan tersenyum mendengar cerita-cerita tentang pemergiannya daripada sahabat taulan. Mungkin aku boleh berpura-pura di depan mereka, tetapi aku tidak mampu menipu diriku dan Allah yang Maha Mengetahui. Terlalu banyak rahsia antara aku dan dia yang aku tak pernah bercerita kepada sesiapapun. Aku sempat meninggalkan beberapa baris kata sebelum pemergiannya. Pemergian itu bukanlah sementara tetapi untuk selama-lamanya (sekurang-kurangnya bagi diriku). Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menemukan aku dan dia, lalu berhijrah dengan redha-Nya. Dia banyak memberi panduan untukku menjadi insan yang lebih baik. Namun begitu, pemergiannya diiringi pandangan-pandangan buruk tentang diriku. Memang sengaja aku buat begitu, biar terus pudar ingatannya tentang aku. Maaf 'awak' kerana saya tak mampu meneruskan perjuangan 'awak' di tempat ini. 'Awak' tak dapat memahami saya dan saya juga tak berupaya memahami 'awak'. Muslimin dan Muslimah lain di tempat ini akan meneruskan ijtihad 'awak' itu, insyaAllah. Selamat mendirikan baitulmuslim! Harapan saya agar 'awak' dapat melahirkan lebih ramai pejuang sepertimana yang 'awak' inginkan selepas ini.
"Bila kita rindukan seseorang itu, tak semestinya orang itu pun rindukan kita. Kalau rindu, tak semestinya perlu bersua kerana ingatan di qalbu itu boleh menjadi penawar jua. Sesungguhnya, rindu itu anugerah Allah. InsyaAllah."
Can I know who's that?
ReplyDeleteYou just reply on this blog.
I'm GS-muslimah.
I'm very sorry. I can't tell you his identity. I don't think you even know him...
ReplyDeleteBut may I know who are you?
Don't worry.
ReplyDeleteYou know me.
But I think I'll get the answer after u back here.Bye...Maasalamah
JAHANNIAH-1604
p/s:If u know me by these clues
.......please give the answer
I got it!
ReplyDeleteNajah! kan???
hahaha...
buatlah teka-teki yg susah2 sikit. hihihi...
well najah, i guess i had told u bout him beforehand... he has finished his studies in canter... huhuhu...
ReplyDelete