Tuesday, April 13, 2010
KEWL - Rombongan Kak Che Ah and Da' Gang
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku dan rakan-rakan telah berjaya meneruskan perjalanan ke syurga walaupun pintu syurga belum kelihatan lagi, perjalanan ini masih jauh... Sebenarnya, lidahku kelu tak terkata apa yang tersirat di lubuk hati ini. Nikmat Allah itu terlalu besar sehinggakan sekecil-kecil nikmat ada juga gunanya... Seperti yang dirasai oleh rakan-rakan sejaulah yang lain, jaulah kali ini sememangnya membawa kami dekat kepada Allah (insyaAllah). Jika sebelum ini, sering kali kami dihidangkan dengan pelbagai tazkirah berkaitan kesabaran, akidah, persahabatan secara lisan setiap kali selepas solat, tetapi kali ini ianya berbeza. Kami telah dijamu dengan tazkirah kematian yang mana kami sendiri laluinya dan hampir-hampir mati syahid. Benarlah, setiap perkara yang ingin dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah. Dengan itu, jika telah takdir kita menemui ajal sewaktu melakukan ibadat itu, maka kematian itu akan dikira sebagai syahid. Tapi mungkin Allah masih mahu kami berusaha mengecap lebih banyak pahala di dunia ini, maka kami masih diberi peluang untuk bernafas sehingga kini. Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah!
Jaulah kali ini merupakan kali kedua yang pernah aku ikuti secara peribadinya. Namun begitu, terdapat banyak perbezaan berbanding yang sebelum ini. Kali ini, aku dan rakan-rakan di Christchurch telah bersatu hati merancang jaulah ini bersama mengikut kreativiti dan kemahiran masing-masing. Dengan itu, kami telah dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kami dan mengetahui keupayaan diri sendiri. Aku telah dilantik untuk menjadi committee member bahagian aktiviti dan penunjuk arah bersama Diana. Bukan aku yang memilih jawatan tersebut tetapi telah diassign oleh Azie selaku ketua naqibah. Tambahan pula kami ini memang ahli Usrah Jual Gelang dan Rumaisa', maka nak tak nak kena pikul tanggungjawab juga. Pada mulanya, aku ingat jawatan itu tak penting sangat sebab alah... aktiviti je pun... directions jalan boleh guna GPS... tapi sebenarnya, ianya tidak semudah itu. malahan, boleh dikatakan terlalu penting. kalau aku dan diana takde, ahli rombongan tak tahu ke mana nak pergi. dan semua hal booking untuk aktiviti diuruskan olehku, kena contact macam2 orang. GPS ada pun bukannya selalu betul. tapi alhamdulillah, aku telah buat yang terbaik! pada hari sebelum jaulah, rupa-rupanya Allah nak bagi latihan kepada kami utk hadapi ujian. Pelbagai rintangan yang dihadapi, tapi alhamdulillah tak terhingga kepadaNya kerana kami telah berjaya overcome the tests :) Firstly, tiba2 adik2 dari Dunedin text beritahu yang seramai 8 orang tak dapat bertolak ke Chch pada hari tersebut sebab hanya ada 2 seats yg valid. Ada masalah dari segi shuttle booking. Maka, hanya 2 orang daripada 10 orang selamat sampai dahulu di Chch. Lagi 8 orang tu, keesokan petangnya baru boleh sampai dan pada waktu itu, kami telahpun bertolak ke Kaikoura. Tapi nasib baik ada 2 drivers antara kami yg boleh tunggu sampai the next day baru bertolak. Lepas tu dah selesai, satu lagi masalah dtg. Tiba2 kami dpt tahu backpackers di Blenheim yg telah di book itu gunakan policy 'First come, first serve'. Oleh itu kami tak berani nak pilih backpackers itu, takut tak sampai awal. Then, kena carilah accom lain. Setelah mencari di internet pada hari yg sama jika ada any backpackers yg boleh sediakan bilik yg cukup utk kami, akhirnya terjumpalah satu tempat ni yg ok jugak. So aku terus call backpackers itu utk book 18 beds. Alhamdulillah, the backpackers' owner was very kind and friendly. I never expected to talk to such a friendly old man. Lepas dah settle hal accom, aku tolong rakan2 menyiang ayam2 utk jaulah. Sambil menyiang, tolong mereka masak utk the next day's breakfast and lunch. Macam kenduri pulak... kami riuh rendah di living hall dan kitchen rumah as-Siddiq.
Keesokan paginya, tiba2 aku dikejutkan dgn arahan dari pihak ketua rombongan. Aku kena jadi co-driver. Ingatkan co-D kereta yang belakang2 sikit. Rupan2nya, perancangan Allah itu amat baik. Aku kena jadi co-D mpv Sumayyah yang paling depan sekali. That meant, I had to lead the others throughout the jaulah. Tapi aku tak berapa kisah. At least, aku dah ada rough ideas ttg jln2 nak pergi nelson tu sbb aku selalu google map utk jaulah ni. Btw, kami telah menyewa 2 Estima mpv dan 3 Mazda sedans for the jaulah. 2 mpv itu dinamakan Sumayyah dan Safiyyah. 3 kereta pula dinamakan Masyitah, Fatimah, dan Nursaybah. Kami telah mengambil nama2 para sahabiah utk kenderaan kami :) Selari dengan motto jaulah kami iaitu KEWL (Kerana Engkau Wanita Laskar). Oleh itu, setiap wanita dlm jaulah ini telah menaiki kenderaan para sahabiah yg mmg ternyata laskar, berani dan kami juga telah terkena tempias kelaskaran itu sepanjang jaulah ini. Alhamdulillah. Aku pun led the way... Seperti biasa, setiap kali memulakan pemanduan, semua ahli mpv atau kereta telah membaca doa terlebih dahulu. Amin.
Perjalanan kami telah membawa kami ke destinasi pertama iaitu Kaikoura. Pada awal perjalanan, keadaan cuaca agak elok, cerah. Takde tanda2 utk hujan. Tapi manusia sentiasa terlupa, kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta. Ada hikmahnya kenapa tiba2 hujan di tengah jalan dlm perjalanan ke Kaikoura dan awan hitam mula berarak... Aku pun call Jonny (Kaikoura Fishing). Sbb rancangnya nak buat fishing di Kaikoura selama 3 jam. Tiba2, Jonny kata keadaan laut tak berapa elok. So, nanti dia call semula kalau dah ok. Dalam hatiku, aku amat berharap nak buat fishing. Memang tak pernah buat, tapi didorong perasaan ingin mencuba yg kuat, aku berazam nak buat juga. Memang benar, restu ibu bapa itu amat penting walau apapun yg kita nak buat. Mungkin Allah nak beri tarbiyyah kepada diri ini. Seperti yg dijangka, mak telah text message aku sewaktu dlm perjalanan ke Kaikoura. Mak tanya kat mana, buat apa nanti... Tapi aku hanya mampu membalas dgn memberitahu mak yg aku kat Kaikoura. Rasa amat berat hati ini utk type perkataan fishing walaupun sebenarnya aku nak beritahu. Aku takut perkataan itu akan merisaukan mak dan abah nanti. Tapi aku tahu fishing tu takdelah bahaya pun... bukannya swimming. abah dan mak memang tak benarkan aku swimming atau main2 kat laut. Sampai di Kaikoura, kami semua cari tmpt yg sesuai utk lunch dan solat zohor. kami berkelah di tepi pantai sambil melihat awan hitam yg masih berarak di langit Kaikoura. Dlm hati ini, aku rasa mmg fishing tak boleh buat. Sbb ombak pun tinggi juga. Aku pun call semula Jonny tanya kat mana tmpt fishing tu. Dia pun text aku ttg directions nak pergi dia punya ship ramp. Nama ship tu i-Catcher. Jonny kata it's possible to fishing at 3.30pm. Tapi waktu tu mmg impossible utk buat fishing sbb kalau kami buat juga, plan kami akan tergendala. So, aku reply Jonny's msg, cakap yg aku nak cancel fishing. Then, waktu kami semua nak pergi beli crayfish dekat warung jual seafoods berhampiran (setelah kami decide utk cancel fishing), tiba2 Jonny reply dan beritahu yg dia akan charge cancellation fee of $150 kepada kami sbb cancel tiba2. Aku dah mula rasa risau dan tak puas hati. Mana boleh dia sesuka hati nak charge kami walhal waktu yg dibenarkan utk buat fishing tu bukan yg tlh aku book. Dia tak berhak nak charge kami. Bukan salah kami. Keadaan cuaca pada waktu 1.30pm (waktu yg kami dah book) dan 3.30pm sama shj, awan masih gelap. Tak faham, tak faham... Apa lagi, dengan perasaan marah yg membuak-buak, aku, Farah, kak Che Ah dan kak Farah sama2 pergi cari ramp charter tu, sampai sesat2... tanya banyak org tmpt fishing tu. Akhirnya ketemu jua di teluk di sebalik bukit. Dlm kereta, aku sibuk fikir hujah2 utk argue dgn Jonny. Tak tahu kenapa, aku betul2 tgh marah waktu tu. Astaghfirullahalazim... Sebaik sahaja aku sampai di situ dan baru nak bercakap dgn Jonny, dia menyambut aku dgn ramah (walaupun sebenarnya aku rasa tidak). Aku terus tanya kenapa dia nak charge kami... Dia pun mulalah cakap apa2 dan tell us it was all due to miscommunication. Paling penting aku tahu yg salah tu ialah Jonny. Tapi nasib baik dia terus cakap yg dia dah tarik balik charge tu, so kami tak perlu bayar sbb dah ada customer lain yg ganti kami. Kalau dia tak cakap dulu hal tu, aku dah terus fire dia tadi.. So, aku dan lain2 pun balik semula ke Fyffe Quay utk jumpa semula dgn rakan2 lain yg sedang menunggu kami selesaikan hal fishing tu. On the way to Fyffe Quay, kami satu kereta muhasabah semula apa yg tlh tejadi sebentar tadi. Aku pun teringat incident aku tak beritahu mak pasal fishing dan kenapa aku selalu rasa tak sedap hati ttg aktivity fsihing ni bbrp hari sblm jaulah. Rupa2nya, inilah tarbiyyah drpd Allah utk diri aku secara peribadinya. To be honest, aku selalu fikir ttg kematian dan kadang2 terbawa sampai ke dlm tidur sblm jaulah. Mungkin kalau aku teruskan fishing tu tanpa beritahu abah dan mak, mana tahu tiba2 boat karam dan aku mati di tengah laut tu ke... So, mungkin Allah taknak aku dan rakan2 lain pergi dulu (or at least me), so macam2 halangan yang Dia jadikan utk kami semua. Aku patut bersyukur dgn kejadian yg tlh berlaku ini. Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. Dan sesungguhnya, itulah yg terbaik utk aku dan rakan2.
Setelah agak lama di Kaikoura, kami teruskan perjalanan ke Blenheim melalui Lake Grassmere. Sblm jaulah, tengok photo Lake Grassmere yg warna pink sebab mengandungi salt. Tapi sayang sekali, sampai sahaja di situ, matahari hampir terbenam. So nampak sikit je warna lake yg pink tu. Tapi ternyata ada salt dlm lake tu sbb ada tractors mengaut salt dari lake tu kat tepi lake. Then plan nak tgk sunset, tapi disebabkan perjalanan ke Blenheim masih jauh, kami teruskan sahaja perjalanan. Sampai di Blenheim, hari sudah mmg gelap. Skrg nak cari location backpackers pula. Singgah sebentar di Shell petrol station, tanya cashier kat kiosk Shell nak cari Budge St. That guy pun beritahu directions to the backpackers from the Shell. Akhirnya, selamat sampai di Blenheim Motor Camp & Backpackers. Aku, kak Che Ah dan kak Farah turun menguruskan hal accom. tanpa disedari sedang kami leka bercakap dgn owner backpackers tu, rupa2nya ada anjing yg besar di belakang kami. Hanya rakan2 di dlm kereta shj yg sedar akan hal tu. Mereka pun ingat yg kami acted to be cool. Padahal kami tak sedar pun ada anjing. Nak ikutkan, mmg dah lari keluar kalau tahu ada anjing kat belakang kami. Semua dlm kereta kagum melihat kami walaupun sebenarnya kami tidak sedar kehadiran anjing itu. hehehe... Tiba2, bila nak bayar duit accom, EFTPOS card over limit. So tak boleh bayar mlm tu juga. Tanya kat owner tu kalau boleh bayar esok. Tak sangka yg dia akan tersenyum dan tak kisah kami bayar esok. Maybe dia percaya pd kami semua. Tengok kat luar, backpackers tu mcm buruk je. Rupa2nya kat dlm selesa juga. Bukan mcm backpackers yg pernah aku tidur sebelum ni. Motorcamp backpackers ni mcm motel. Ada kitchen dan toilet sendiri. Cuma takde covers dan heaters. Kesejukanlah kami pada mlm tu hingga keesokan paginya. Sakit hujung2 jari disebabkan kesejukan melampau. Nak buka plastik roti pun lambat dan rasa sakit. Pagi itu, kami breakfast selepas subuh dan ambil gambar. Aku tolong yg lain2 kemas2 kan bilik2 dan load brg ke dlm mpv dan kereta. Nasib kami kurang baik pada hari tu sbb nasi goreng yg dimasak dgn kepenatan pada malam harinya telahpun basi. Mungkin sebab banyak sgt tangan org yg tolong meracik-racik ayam utk dimakan bersama nasi goreng. Tapi nasib baik Allah masih beri kami rezeki. Kami breakfast dgn roti dan sekaya yg dibuat oleh Wani. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Highfield Estate vineyards.
Aku text kwn2 yg still on the way to Blenheim from Chch membawa adik2 Dunny yg lambat sampai ke Chch. Mrk cakap mrk dah nak sampai di Blenheim. Aku terkejut. Oh God, cepat gila mrk sampai. Ingatkan lagi 2 jam baru dpt jumpa mrk. Tapi perancangan Allah amat sempurna. Kami berjumpa di bahu jalan on the way to the vineyards. Sementara menunggu mrk, rakan2 lain gunakan masa yg ada utk ambil gambar dgn vineyards org lain kat tepi jln tu. Akhirnya, kelihatan 1 mpv Estima dan 1 Mazda sedan menghampiri kami. Itu mereka! :) Alhamdulillah, mereka selamat sampai juga walaupun telah bertolak dari Chch sejak pagi buta, sebelum subuh lagi. Tahu2 mrk solat subuh dlm kesejukan pagi yg teramat di tepi pantai di Kaikoura. Ya Allah, amat tabah kwn2 ku ini... Bila semua dah ada, kami pun bertolak ke Highfield Estate. Nampak shj red tower milik Highfield Estate, aku berasa lega krn sudah sampai. Alhamdulillah, admission into the vineyards is free! Kami pun terlebih dulu naik ke tingkat atas tower utk view the whole vineyards. Ambil gambar kat atas... Dah puas, turun semula dan masuk pula ke dlm wine processing room utk lihat how wine is made. Tapi waktu tu pekerja dia tgh bersihkan vessels utk process wine. So kami hanya ambil gambar dlm room tu sambil menahan hidung bau wine yg amat kuat. Teringat aku pada bau nafas rakan sekuliah yg baru lepas minum beer kat dlm kelas. Lepas tu, kami semua turun ke vineyards utk lihat blueberries yg ditanam di situ. Ambil gambar, menari lagu Demi Matahari yg best! Seronok sangat2!
Dah puas menabur benih ukhuwah dlm vineyards tu, kami teruskan perjalanan ke Nelson. Nelson takde apa2 sebenarnya. Hanya ada jugalah town utk cari tmpt isi minyak. Kali ini, tangki minyak semua kenderaan mesti penuh sbb jln ke atas lagi takde petrol stations. Kalau ada pun mmg sukar nak jumpa and tak tahu kat mana. Kali ni jalan yg dilalui sememangnya amat mencabar. Jalan nak pergi Cameron Highlands pun kalah. Yang ni mmg amat windy, berliku-liku, gaung dalam kat sebelah jalan je, jln yg sempit. Tiba2 semua org lapar nak lunch. Ingatkan nak makan tepi pantai, tapi tiba2 ternampak signboard Miyazu Japanese Garden. Apa lagi, terus aku suruh Kak Fadhi masuk simpang tu utk makan dan solat dlm garden tu. Kebetulan waktu tu ada model Japanese tgh adakan pengambaran, so kami semua pun terkena tempiasnya. Banyak photographers model tu ambil gambar kami pula. Kami pula yg jadi model kan... hihihi... Kat dlm garden tu slps ambil wudhu', specs aku terjatuh dan cermin belah kanan tercabut. Aku rasa sedih sgt... Kalau specs tu tak boleh digunakan lagi, habislah... Aku tak boleh nak jadi co-D lagi. Tapi semua org taknak jadi co-D sbb tak tahu baca maps dan tak tahu jln.. Nasib baik ada Adila yg berjaya cuba betulkan specs aku, walaupun senget sikit. After that, terus cari lokasi Kaiteriteri dan Apple Rock. Sampai Kaiteriteri, ianya amat cantik. Subhanallah. Itu di Golden Bay. Lepas tu nak cari Apple Rock pula sampai tersesat di penghujung jalan. Kawasan Golden Bay tu mmg very hilly and narrow. Akhirnya sampai jua di junction to Apple Rock. Ingatkan dah sampai, rupa2nya masih ada banyak junctions yg kena masuk (takut2 salah masuk) dan jalannya still berliku. Sampai kat parking lot, ingatkan dah sampai. Tengok sekeliling, mananya Apple Rock tu. Rupa2nya jauh lagi di bawah, kena lalu track menuruni bukit. Turun bukit ok lagi, tapi bila nak naik semula tu, rasa mcm nak pitam je walaupun dah sampai kat kereta. Kak Fadhi sempat mengeluh, 'Susahnya nak sampai syurga...'. Perjalanan kami mencari Apple Rock tu diibaratkan seperti perjalanan ke syurga. Bukannya senang. Kena tempuh pelbagai rintangan. Benar, benar! Ingat nak tengok sunset di Kaiteriteri beach, tapi hari dah makin gelap dan para drivers tak sanggup drive gelap2... So kami teruskan perjalanan mencari backpackers kedua kami iaitu The Barn. Cari punya cari, kami sampai di suatu tempat yg mmg gelap gelita. To be honest, jln2 kat NZ mmg xde lampu jln. Harapkan lampu kereta je. Sekali lagi, kami perlu melalui lereng2 bukit yg tinggi dan berliku-liku. Tengok sekeliling semuanya hutan. Ingat tersesat, tapi sebenarnya tidak. Tanya seorang pemain guitar yg nak buat show kat satu cafe di tepi jln ttg arah ke The Barn. Dia pun ckp masuk je simpang kat depan tu, then The Barn will be on our right. Rupa2nya, signboard yg tertulis No Exit tu tak benar. Mmg kena masuk juga kalau nak pergi The Barn. There we go! The Barn is actually located in the middle of Abel Tasman National Park. The Barn dikelilingi hutan, bukit dan pantai. Kedatangan kami telah disambut oleh sebuah patung seakan rupa manusia. huhuhu... terkejut Kak Che Ah. hehehe... Setelah menguruskan pembahagian bilik dan kunci, kami unload brg2 masuk ke bilik. Mula2 kami dibawa ke bilik, kelihatan rupa luaran bilik kami yg amat buruk. betul2 macam barn (kandang). Tapi bila buka je sliding door (bukan pintu kayu biasa eh), alhamdulillah biliknya seperti chalet. Katil yg baru, lantai wooden panel. Mmg selesa, cuma sejuk sbb backpackers tu tgh buat maintenance utk heaters. Nasib baik mrk sediakan covers yg tebal. Takdelah sejuk sgt. Kitchen, toilets, bathrooms perlu dikongsi sesama penginap The Barn. Tanpa berlengah, kami terus solat jama' qasar maghrib, isya'. Lepas tu, Usrah Jual Gelang dan Rumaisa' bergotong-royong buat BBQ utk yg lain2. Pada masa sama, yg lain2 sedang buat stargazing di tengah2 lapangan antara bilik2 kami. Semua baring di atas sleeping bags yg dihampar atas rumput sambil memandang bintang2 di langit. Alhamdulillah, bintang pada mlm tu mmg sangat banyak. Ada juga buruj Belantik. Mrk semua berbincang ttg bintang dan reflect dgn kehidupan. Aku dan rakan2 lain sibuk menguruskan BBQ utk dinner kami. Kami masak sausage, ayam, garlic breads, mushroom soup, dan nasi. Sebanyak 2 kali blackout di dapur sbb overload electricity. Nasib baik tak kena marah dgn the backpackers' owner. Maybe sbb banyak sgt guna current utk masak nasi, air, bakar roti. Tapi xpe, itu semua ada hikmah. Lepas dah selesai masak, kami semua makan bersama di dapur tu. Selesai makan, terus masuk tidur. Penat teramat... Tapi gembira. Pagi keesokannya, kami solat subuh bersama, baca ma'thurat. Then siap2 utk breakfast. Makan apa yg ada. Alhamdulillah lauk utk lunch pada hari tersebut sudah disiapkan oleh AJK Masakan. Pagi tu mmg teramat sejuk walaupun matahari memancarkan sinarannya. Namun begitu, pengenan air teh panas yg dibuat oleh rakan2 telah memberi warmth kpd kami semua. Sempat jua kami ambil gambar buat kenangan di situ.
Perjalanan diteruskan ke Wainui Falls. Ingatkan nak buat tramping di situ sambil melihat keindahan Wainui Falls di dlm hutan, tapi tak tercapai hajat tu disebabkan jarak yg jauh utk masuk ke dlm hutan. Kami hanya sempat mengambil gambar di entrance utk masuk ke tramping track sambil mengambil gambar berlatarbelakangkan lembu2 yg baru juga sampai utk meragut rumput di situ. Lepas tu kami bertolak ke Waikoropupu Springs melalui Golden Bay. Cantik pemandangan laut. Biru sahaja... Sejuk mata memandang. Sampai di Waikoropupu Springs, kami terus makan utk lunch dan solat. Aku sempat merasa kesejukan water springs di situ walaupun sebenarnya tak dibenarkan. Lepas makan dan solat, kami bergambar di springs. Waikoropupu Springs tu sebenarnya ialah the clearest water in the world. Memang amat bersih, sbb itu dilarang manusia menyentuh water springs di situ. Dah puas menjamu mata di situ, kami terus berangkat pulang. Plan nak ke Port Puponga (kawasan paling utara di South Island) dibatalkan sbb masa tak membenarkan. Kami pun pulang melalui Murchison dan Hanmer Springs.
Sepanjang perjalanan balik, pancaran matahari telah menyilaukan para pemandu yg sedang memandu kenderaan di celah2 lereng bukit. Terlalu menyilaukan hinggakan mpv Safiyyah hampir2 hilang kawalan dan syahid. Tapi Allah itu Maha Tahu, Dia telah menyelamatkan mrk yg berada dlm mpv Safiyyah. Sedan Nursaybah pula hampir2 melanggar sedan Fatimah disebabkan Fatimah membrek kereta secara tiba2 di atas bukit. Banyak juga lori2 yg lalu di lereng tu. Kebanyakan lereng di situ tajam, so pemandu susah nak nampak kalau ada kenderaan datang dr arah bertentangan. Alhamdulillah, semuanya masih selamat. Ingatkan boleh sampai di Chch pada pukul 10pm, tapi Allah telah takdirkan kami sampai pukul 2am. Sebelum sampai, pelbagai lagi cabaran yang ditempuh. Tiba2 mpv Safiyyah dan kereta Nursaybah hampir kehabisan petrol. Tambahan pula, dah malam dan takde petrol station pun along the way. Masing2 mmg tgh nervous waktu tu. Onai pula ckp dia mengantuk sangat2 dan tak boleh terus driving. Apa lagi, Ajiem yg tak pernah drive kat jln yg mencabar dan sememangnya tak mahir lagi driving terpaksalah ganti. Mula2 Ajiem takut juga sbb kebanyakan jln sblm ni kena lalui lereng2 bukit yg ada gaung. Tapi aku dan Onai cuba memberi kata2 semangat pada Ajiem. Sbb dah takde yg lain yg boleh drive. Kalau ada pun, Diana tak yakin yg dia boleh drive... Tapi Ajiem berjaya buat walaupun kecut perut dibuatnya bila kena naik turun bukit. Dia dah pesan kalau laluan bukit2 ni, dia akan bawa slow je sbb kena lebih berhati-hati. Tiba2, kak Teh pula dah mengantuk dan penat sangat. Dia tak boleh teruskan lagi sbb mmg dia pernah terpejam mata beberapa saat waktu drive mlm tu. Nasib baik waktu kak Teh pejamkan mata tu, kereta bergerak atas jalan yg flat dan lurus. Kalaulah kat atas bukit, wallahualam... Itulah tazkirah kematian yg cuba Allah sampaikan kpd kami semua. Lepas tu ada pula org yg nak terkencing, kami pun terpaksa mencari2 kalau2 ada tmpt yg ada toilet. Then jumpa sebuah motel yg ada pub. Berhenti kejap utk tumpang toilets di situ. Tapi hati masih tak tenang sbb Safiyyah dan Nursaybah dah kurang separuh petrol. Skrg misi mencari petrol station pula. Setiap kali kelihatan lampu2 kuning dari kajauhan, hati mula gembira. Biasanya yg terang benderang tu menunjukkan ada town di situ dan of course ada petrol station. Tapi di NZ ni lain sikit. Petrol station tutup waktu mlm. Apa lagi waktu tu dah pukul 10pm. Kami cuba mencari kalau2 ada petrol station yg accept credit card, so kami boleh isi sendiri. Mmg ada, tapi lain pula ceritanya. Hanya card tertentu shj yg diterima. Masing2 dah cuak. Tapi still yakin ada petrol station lain lagi di towns seterusnya. Cuma tak tahu berapa jauh lagi. Malam tu kesejukan yg dirasai lain drpd lain. Terlalu sejuk. Tengok kat temp reading yg diset dlm Estima menunjukkan temp di luar kereta ialah 7 degrees celcius. Keluar je mpv, kesejukan terus terasa sehingga ke tulang. Dlm perjalanan tu, banyak kali juga nampak Possum melintas tengah jalan. Nasib baik tak langgar. Kat Hanmer Springs pula, kabus tebal merempuh mpv dan kereta kami. Apa yang aku bayangkan waktu tu ialah kabus tu seolah-olah angin yg laju merempuh windshield kenderaan kami. Dahlah aku duduk depan sekali sebelah driver. Memang terasa... Jarak penglihatan makin teruk. Kabus tebal tu terapung-apung di udara. Makin lama, temp di luar makin menurun. Dari 7 ke 5 degrees... Sampai di Cheviot (dah nak dekat Chch), temp luar ialah 2 degrees celcius. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Christchurch dan rumah kami. Masing2 terlalu penat. Rupa-rupanya banyak yang Allah nak kami belajar daripada jaulah ini. Bukan shj membina ukhuwah, tapi lebih daripada itu.
Keesokan harinya pula (hari terakhir jaulah), kami berangkat pula ke Akaroa. Jalan ke Akaroa tak mencabar sgt. Kami telah melawat The Giants House yang mmg cantik. Ambil2 gambar di situ, lepas tu sebahagian drpd kami nak buat Dolphin Watching. Mrk semua pergi sailing dari ptg sampai mlm. Kesian mrk, kesejukan menggigil di atas kapal... Kami yg lain yg tak pergi sailing, pergi ke Lighthouse utk solat. Kami sempat lihat sunset di lighthouse itu. Sblm sampai di lighthouse tu, aku dan beberapa org rkn yg manaiki Fatimah tlh sesat walaupun Akaroa tu kecil je. Sesampai di situ, kami telah bertazkirah, baca ma'thurat, dan solat maghrib sementara menunggu rakan2 habis sailing. Bila semua dah pulang dari sailing, kami berangkat pulang ke Chch. Sampai di Chch, kami terus bersiap2 utk dinner mlm tu. Aku turut membantu prepare for dinner. Lepas dinner, kami ada aktiviti Curabat (curahan batin). Beberapa org drpd kami tlh berkongsi pengalaman mengenal Islam dan mendapat tarbiyyah. Ada beberapa kisah yg amat mengharukan sehingga mengalir air mata. Adik2 dari Dunny tidur beramai2 di rumah Syahirah and housemates.
Keesokan paginya, masing2 yg dtg dari Auck dan Dunny telah berangkat pulang. Perasaan rindu yg mendalam membuatkan kami semua masih merindui semua yg join jaulah hari tu. Benarlah, ukhuwah dapat dibina melalui 3 cara iaitu makan bersama, tidur bersama, dan berjalan bersama. Kami semua telah buat 3 perkara tersebut dan ternyata ukhuwah yg telah dibina atas dasar Islam akan sentiasa kukuh dan kekal hingga ke syurga, insyaAllah. Kami makan bersama - satu talam share 5 org. Kami tidur bersama - satu bilik tidur 3 atau 5 org. Kami berjalan bersama - senang susah dilalui bersama, sesat pun sama2. Sebelum semua balik ke tmpt masing2, kami berikan souvenir dan 2 keping gambar buat kenang-kenangan. Lepas semua balik, kami still contact each other dan saling merindui. Bak kata Wani, sayang dan rindu infinity buat semua =) Harap2 dapat masuk syurga sama2 juga :) InsyaAllah.
Dua hari selepas jaulah tamat, kami warga Chch yg join jaulah tersebut telah eating out for dinner bersama-sama di Afghan Restaurant (restaurant kegemaran kami)! Bestnya... kenyang teramat sangat. Di situ, antara kami pula yg share experiences along the jaulah... Alhamdulillah semuanya selamat. Moga jaulah ini telah memberi hidayah kepada kami :) Sabda Rasulullah s.a.w., jika kita ingin mengenali diri seseorang itu, maka bermusafirlah bersama-sama. Memang benar, dalam keadaan bermusafir disertai dgn tekanan dari pelbagai penjuru secara tidak langsung membuatkan kita menjadi diri kita yg sebenar dan di luar kesedaran, kawan kita lihat diri kita itu. Dan ingatlah walaupun permusafiran itu sesuatu yg sukar tetapi doa seorang musafir yg bermusafir kerana Allah akan dimakbulkan. InsyaAllah.

Friday, April 2, 2010
Usrah on Paddle Boats :)
Even if this activity was done in last February, but I feel like I wanna upload the photos in this blog :) I will miss this moment and it has proven something to me personally. It was by all means, a starting point for me to be more spirited in figuring out more plans for my beloved juniors :) I love you all, adik-adik =)
Well, this was my first time riding a paddle boat. It was supa dupa fun tho' a bit exhausting! At first, everyone seemed uninterested in giving a shot to the activity, but after I persuaded them, then they all agreed and had a whale of a time on the paddle boats! There weren't paddle boats only, but paddle pop ice-cream too!
I still remember the time when we had an usrah on the paddle boats and let the river currents to flow us back to Antigua Boat Sheds. We rowed our boats along Avon River in Botanical Garden. Many people took our pictures as if we were celebs. hahahaha... Perhaps, they were engaged to our scarves and way of handling the boats (we queued in a trail horizontally across the river). hihihi... but yeah, we had showed to the non-Muslims that the Muslims can develop ukhuwah wherever we are. InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)